Majlis Profesor Negara | FAKULTI PERTANIAN
» JARINGAN » Majlis Profesor Negara

Majlis Profesor Negara

Majlis Profesor Negara (MPN) adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menggerakkan kepakaran tenaga akademik bagi membantu usaha kerajaan untuk membangunkan Negara dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat. Idea asal penubuhannya datang dari aspirasi Menteri Pengajian Tinggi yang ingin melihat tenaga kepakaran akademik tertinggi dalam pelbagai bidang yang terhasil dari kerja penyelidikan dan pengalaman digunakan secara strategik melampaui dari fungsi asas pensyarah di Universiti masing-masing.

Pada 21 Mac 2014, MPN dijadikan sebagai organisasi pusat dan diletakkan dibawah naungan Jabatan Perdana Menteri. Sesuai dengan sifatnya pula, ianya memberi ruang bagi MPN untuk muncul beroperasi sebagai sebuah entiti bebas, berautonomi serta membolehkannya bergerak secara merentasi sempadan pelbagai kementerian dalam Negara. Secara keseluruhannya operasi MPN digerakkan oleh sebuah sekretariat tetap yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Presiden mulai 16 Disember 2014.

Selain dari pihak Sekretariat Pusat MPN yang berperanan untuk mengatur urusan tadbir urus dan pengoperasian secara menyeluruh, struktur MPN juga telah diaturkan berdasarkan kepada 14 buah Kluster dan 2 Projek Khas. Pembentukan Kluster itu secara dasarnya adalah menggambarkan kumpulan kepakaran akademik yang ada, dimana setiap ahli MPN perlu memilih untuk menjadi ahli kepada kluster-kluster yang ditubuhkan itu.

 

Kemaskini:: 10/10/2018 [amirtaufiq]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566133601