Kluster Pertanian Dan Makanan | FAKULTI PERTANIAN
» JARINGAN » Majlis Profesor Negara » Kluster Pertanian dan Makanan

Kluster Pertanian dan Makanan

Kluster Pertanian dan Makanan

Kluster Pertanian dan Makanan adalah salah satu kluster utama yang ditubuh dibawah MPN dengan matlamat menjadi pemacu kepada pemerkasaan bidang pertanian dan pengeluaran makanan negara. Kluster Pertanian dan Makanan menggariskan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar bahan makanan yang lestari dan berdaya saing, serta mampu mengekalkan keunggulannya dalam pengeluaran tanaman industri, sebagai penjana ekonomi yang penting kepada negara. Berdasarkan hala tuju ini, Kluster Pertanian dan Makanan berperanan secara konsisten menyumbang kepada penggubalan dasar dan perundangan negara dalam bidang pertanian dan makanan.

Kluster Pertanian dan Makanan signifikan sebagai platfom untuk penggubal dasar, ahli akademik, pemain industri dan masyarakat membincangkan isu semasa dan strategik yang berkaitan dengan bidang pertanian dan pengeluaran makanan negara. Antara bidang kepakaran yang menjadi fokus Kluster Pertanian dan Makanan ialah sekuriti makanan, perniagaantani dan usahawantani, pemprosesan dan pengeluaran makanan, teknologi pertanian, biologi perikanan, akuakultur, bioteknologi makanan, pembiakbakaan serta genetik pertanian dan sebagainya.

Kluster Pertanian dan Makanan sentiasa mendapat sokongan daripada semua ahli kluster khususnya UPM di mana aktiviti seperti klinik pakar, demonstrasi pertanian dan pameran pertanian bandaran dapat dilaksanakan dan dibawa untuk mendekati masyarakat.

Kemaskini:: 10/10/2018 [amirtaufiq]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566468569