Pengembangan | FAKULTI PERTANIAN
» JARINGAN » Pengembangan

Pengembangan

Program Klinik Pengembangan Putra merupakan salah satu daripada program jalinan masyarakat berasaskan khidmat nasihat dan rundingan untuk mendekati masyarakat tani secara langsung. Melalui pendekatan ini, khidmat pengembangan dalam bidang tanaman, penternakan, perikanan, industri asas tani dapat diberikan kepada kumpulan sasar di kawasan yang terpilih. Program pengembangan universiti ini dilaksanakan secara perkongsian pintar bersama-sama PTJ lain di UPM dalam kluster pertanian dan agensi setempat yang berkaitan.


Klinik Pengembangan Putra berkonsepkan kenderaan bergerak turut dilengkapi dengan peralatan seperti makmal mini diagnosis, bahan rujukan, ruang perbincangan dan lain-lain. Selain itu program akan disertai dengan klinik pakar pertanian, pameran serta pertunjukan kaedah.Program Klinik Pengembangan Putra adalah hasil kesinambungan dari pelbagai aktiviti pengembangan yang telah dilaksanakan oleh UPM dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan pertanian yang dihadapi oleh golongan sasar dan agensi pembangunan di beberapa tempat di seluruh negara.

 

Kemaskini:: 15/10/2018 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566136730