KEBUN BANDAR SUNGAI BUNUS : PROGRAM PENANAMAN POKOK POKOK NADIR | FAKULTI PERTANIAN
» JARINGAN » Local Agenda 21 » KEBUN BANDAR SUNGAI BUNUS : PROGRAM PENANAMAN POKOK POKOK NADIR

KEBUN BANDAR SUNGAI BUNUS : PROGRAM PENANAMAN POKOK POKOK NADIR

Program Tanaman Pokok-Pokok Nadir

Program ini telah diadakan dalam 2 peringkat iaitu peringkat ke-1 bersama guru-guru (19 Julai 2018) dan peringkat ke-2 bersama para pelajar. Program ini mendapat bimbingan kepakaran dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pada 19 Julai 2018, Program Fasilitator Bersama guru-guru (Projek Sg.Bunus) telah dianjurkan untuk memberi kefahaman dan tunjur ajar kepada guru-guru bagaimana untuk menanam pokok dengan betul. Ilmu dan tunjuk ajar seterusnya akan dipraktikkan semasa hari penanaman pokok bersama para pelajar iaitu pada 26 Julai 2018

 

Program dimulakan dengan ceramah dan demo penanaman pokok oleh tenaga pakar daripada Fakulti Pertanian, UPM (Dr.Suhaizi, En. Amir dan Pn. Athirah)

Aktiviti semasa program berlangsung:

     

Praktikal tanaman pokok nadir diaplikasikan sendiri oleh setiap cikgu yang mengikuti program ini sambal dipantau oleh tenaga pakar dari UPM

Tamat Program Penanaman Pokok-pokok Nadir

Kanan: Salah seorang peserta hampir selesai menanam pokok

Kiri: Pokok yang telah selesai ditanam mengikut cara yang betul 

 

Selesai program dengan jayanya, para peserta bergambar bersama pokok yang sudah ditanam oleh mereka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 05/10/2018 [amirtaufiq]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566134519