KEBUN KEJIRANAN ROL TAMAN SUNGAI BUNUS | FAKULTI PERTANIAN
» JARINGAN » Local Agenda 21 » KEBUN KEJIRANAN ROL TAMAN SUNGAI BUNUS

KEBUN KEJIRANAN ROL TAMAN SUNGAI BUNUS

Sungai Bunus, dikenali sebagai satu-satunya sungai di Kuala Lumpur yang bermula dan berakhir di dalam bandar, Sungai Bunus – adalah anak sungai kepada Sungai Klang – bermula di Wangsa Maju, Setapak dan berakhir bertentangan Wisma Bunus di Jalan Munsyi Abdullah. Kawasan tapak kebun bandar Taman Sungai Bunus ini terletak di pinggir kolam tebatan banjir Sungai Bunus dengan anggaran keseluruhan kawasan seluas 0.7 ekar.

Pelbagai isu yang cuba diatasi oleh pihak bertanggungjawab antaranya tidak mempunyai komuniti tempatan yang komited terhadap penjagaan kawasan tersebut, keadaan tanah yang berbatu menyukarkan proses penanaman pokok dan juga saluran bekalan air yang terhad.

Pada 1 Ogos 2018, Fakulti Pertanian melalui Unit Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) telah mewakilkan Dr. Ahmad Suhaizi dan En. Amir Taufiq untuk terus serta dalam program ini. Khidmat nasihat dan tunjuk ajar telah diberikan kepada komuniti setempat merangkumi beberapa perkara seperti cara penanaman pokok hiasan, pembangunan lanskap yang lestari, demo pembuatan cecair penghalau serangga organik dan juga prosedur pembajaan yang betul.

Objektif program ini adalah seperti berikut:

  • Menjadikan kawasan tebing Sungai Bunus sebagai satu kebun bandar dengan hasil kerjasama ahli- ahli rakan kongsi LA21 Sungai Bunus
  • Menerapkan unsur-unsur pendidikan didalam setiap jenis penanaman/aktiviti di kebun bandar Taman Sungai Bunus
  • Mengatasi isu-isu alam sektiar seperti hakisan    tanah dan pencemaran udara serta air
  • Memperkayakan spesies flora dan fauna

 

 A) masyarakat setempat bekerjasama dalam membangunkan kebun kejiranan

 B) Beberapa badan NGO seperti Expressionz dan Eijau telah memberi sumbangan dalam bentuk input pertanian seperti baja, anak pokok, simen dan juga peralatan kecil

 

 

 C) Bagi memastikan kelastarian kebun terjaga, bahan - bahan terpakai seperti tayar lama, botol plastik dan batu bata digunakan untuk membentuk planting box

 

D) Komuniti juga mengambil inisiatif untuk membina struktur plot tanaman daripada simen untuk lebih kukuh dan tahan lama

 

 

Antara hasil kerja NGO-NGO dan komuniti setempat yang terlibat dalam usaha untuk membangunkan dan

mencantikkan Kebun Kejiranan Taman Sungai Bunus

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 05/10/2018 [amirtaufiq]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133110