AgroSTEM@PUTRA Raih Anugerah Khas Reruai “Favorite Booth Award” Di The Next Big Thing 2025 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » AgroSTEM@PUTRA Raih Anugerah Khas Reruai “Favorite Booth Award” di The Next Big Thing 2025

AgroSTEM@PUTRA Raih Anugerah Khas Reruai “Favorite Booth Award” di The Next Big Thing 2025

AgroSTEM@PUTRA Raih Anugerah Khas Reruai “Favorite Booth Award” di The Next Big Thing 2025
 
 
BACHOK, 12 Ogos – Pasukan AgroSTEM@PUTRA dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih Anugerah Khas Reruai — “Favorite Booth Award” pada The Next Big Thing 2025 Final Showcase yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
 
 
Pasukan ini dianggotai oleh Saudari Nur Hana Damia binti Nor Akmal, Saudari Nurul Anisfarhana binti Nazri, Saudara Gabriel Lesliey, dan Saudari Norsyaliza binti Shahabuddin, dengan bimbingan mentor, Dr. Juju Nakasha Jaafar, serta sokongan penuh daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM.
 
 
 
AgroSTEM@PUTRA telah melepasi saringan pertama pada Mac 2024 dan terpilih sebagai salah satu daripada 30 pasukan startup terbaik mewakili universiti awam, politeknik, dan kolej komuniti seluruh negara dalam program The Next Big Thing: Startup Competition 2024/2025, inisiatif nasional di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UMK.
 
 
Sepanjang tujuh bulan program, pasukan ini telah melalui pelbagai fasa pembangunan termasuk Bootcamp, pembangunan Minimum Viable Product (MVP), sesi bimbingan industri, webinar pasaran, dan pembentangan akhir di hadapan pelabur sebenar.
Pengiktirafan “Favorite Booth Award” ini diberikan berdasarkan kreativiti, interaksi efektif bersama pengunjung, dan kemampuan menyampaikan idea inovasi pertanian yang menarik minat pelawat serta juri.
 
Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pelajar Fakulti Pertanian UPM mampu bersaing di peringkat nasional dalam bidang inovasi dan keusahawanan, sekali gus mengangkat nama universiti di mata masyarakat dan industri.

Date of Input: 18/08/2025 | Updated: 18/08/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (12:39:04pm-12:44:04pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]