Bengkel Penulisan Programme Self-Review Report (PSRR) 2.0 Anjuran Pusat Jaminan Kualiti UPM | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Bengkel Penulisan Programme Self-Review Report (PSRR) 2.0 Anjuran Pusat Jaminan Kualiti UPM

Bengkel Penulisan Programme Self-Review Report (PSRR) 2.0 Anjuran Pusat Jaminan Kualiti UPM

Bengkel Penulisan Programme Self-Review Report (PSRR) 2.0 Anjuran Pusat Jaminan Kualiti UPM
 
Serdang, 27 Januari – Pusat Jaminan Kualiti Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Programme Self-Review Report (PSRR) 2.0 bertempat di Dewan OSH, UPM. Bengkel ini bertujuan memperkenalkan templat baharu dalam penulisan PSRR dan merupakan sebahagian daripada program kajian rintis yang dirancang untuk mempertingkatkan proses penjaminan kualiti akademik di universiti.

 
 
Fakulti yang terlibat dalam bengkel ini adalah Fakulti Pertanian (Program Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian), Fakulti Sains (Program Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian), dan Sekolah Pengurusan dan Ekonomi (Program Master Keusahawanan).
Taklimat utama disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Noor Syamilah Zakaria, Timbalan Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, serta Prof. Madya Dr. Muskhazli Mustafa, yang bertindak selaku Felo Bersekutu. Fakulti Pertanian diwakili oleh Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), manakala Jabatan Akuakultur telah dihadiri oleh penyelaras COPPA dan PSRR 2.0, Dr. Umi Wahidah Ahmad Dini dan Dr. Zarirah Mohamed Zulperi.
 
 
Bengkel ini menunjukkan komitmen UPM dalam memastikan laporan PSRR disediakan mengikut piawaian terkini yang selaras dengan keperluan akreditasi dan penilaian akademik. Dengan penganjuran program seperti ini, UPM terus berusaha memperkukuhkan budaya penjaminan kualiti untuk mengekalkan kedudukan sebagai universiti bertaraf antarabangsa.
Para peserta memberikan maklum balas positif terhadap sesi ini, yang diharapkan dapat membantu fakulti terlibat meningkatkan mutu laporan PSRR mereka, seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik UPM.
 
 

Date of Input: 03/02/2025 | Updated: 03/02/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (11:51:49am-11:56:49am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]