DEKAN FAKULTI PERTANIAN LANCAR MINGGU EKSA FAKULTI BERSEMPENA DENGAN PROGRAM KICKSTART EKSA FP 2025 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » DEKAN FAKULTI PERTANIAN LANCAR MINGGU EKSA FAKULTI BERSEMPENA DENGAN PROGRAM KICKSTART EKSA FP 2025

DEKAN FAKULTI PERTANIAN LANCAR MINGGU EKSA FAKULTI BERSEMPENA DENGAN PROGRAM KICKSTART EKSA FP 2025

DEKAN FAKULTI PERTANIAN LANCAR MINGGU EKSA FAKULTI BERSEMPENA DENGAN PROGRAM KICKSTART EKSA FP 2025

 

Serdang, 28 April – Jawatankuasa Induk EKSA Fakulti Pertanian telah melancarkan Kickstart EKSA FP 2025 bagi terus menyemarakkan kesungguhan dan keterlibatan aktif warga Fakulti Pertanian terhadap perlaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Program telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen di Foyer Fakulti Pertanian.

“EKSA bukan sahaja menitikberatkan aspek kebersihan dan kekemasan, tetapi turut mencakupi elemen identity korporat, inovasi, pengurusan hijau serta persekitaran kerja yng inklusif dan selamat”

Tuan Dekan turut menekankan dalam ucapan perasmiannya menyeru semua warga Fakulti Pertanian berganding bahu dalam merealisasikan pelaksanaan EKSA bukan sekadar kepada penarafan tetapi sebagai amalan berterusan dan menjadikan satu budaya yang sebati dalam persekitaran tempat kerja.

Majlis ini turut menjadi platform pelancaran Minggu EKSA Fakulti Pertanian yang akan diadakan pada 28 April 2025 sehingga 20 Mei 2025 dengan beberapa pengisian seperti Program Go Green: Pengumpulan Minyak Masak Terpakai pada 13 Mei 2025, Sesi Audit Kendiri EKSA pada 14 Mei 2025, Pertandingan Inovasi EKSA FP pada 15 Mei 2025, Penganugerahan EKSA FP 2025 pada 16 Mei 2025 dan Sesi Audit EKSA oleh Penilai Luar (Peringkat Pertama) pada 20 Mei 2025

Pihak Pengurusan Fakulti Pertanian sentiasa mendokong aktiviti EKSA dan komitmen yang tinggi jelas menunjukkan organisasi komited dan serius dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan profesional selari dengan motto EKSA UPM “Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti”.

Susulan dari Program Kickstart EKSA FP, warga Fakulti Pertanian yang hadir terus menyertai Taklimat Kesedaran EKSA yang telah disampaikan oleh Cik Fatin Nur Liyana Esa, Fasilitator EKSA UPM.

 

Date of Input: 28/04/2025 | Updated: 06/05/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (10:54:57pm-10:59:57pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]