Fakulti Pertanian Dan Penerbit UPM Anjur Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku, Tarik Minat Pensyarah | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Fakulti Pertanian dan Penerbit UPM Anjur Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku, Tarik Minat Pensyarah

Fakulti Pertanian dan Penerbit UPM Anjur Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku, Tarik Minat Pensyarah

Fakulti Pertanian dan Penerbit UPM Anjur Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku, Tarik Minat Pensyarah
Serdang, 25 Jun 2024 - Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa) Fakulti Pertanian, dengan kerjasama Penerbit UPM, telah menganjurkan Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku Siri 6/2024 pada 24 hingga 25 Jun 2024. Bengkel ini berlangsung di Dewan Pertanian dan dihadiri oleh seramai 40 orang peserta.
 
 
Bengkel yang dipimpin oleh Puan Sabrina M Saaba dari Seksyen Editorial dan Pengeluaran, Penerbit UPM, bertujuan untuk membantu dan membimbing para pensyarah dalam mengubah tesis mereka kepada format buku ilmiah. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dan maklum balas positif daripada para peserta.
 
 
Para peserta melaporkan bahawa bengkel ini sangat bermanfaat dalam memberikan panduan praktikal dan kaedah yang mudah untuk proses transformasi tesis kepada buku. Dengan adanya bengkel seperti ini, diharapkan lebih banyak tesis dapat diterbitkan dalam bentuk buku, memperkaya sumber rujukan ilmiah dan memperkukuhkan pengetahuan dalam pelbagai bidang kajian.
 
 
Bengkel Transformasi Tesis Kepada Buku bukan sahaja memudahkan proses penerbitan, tetapi juga meningkatkan kualiti dan penyebaran hasil penyelidikan dalam kalangan akademik dan profesional. Fakulti terus komited dalam menyokong usaha ini dan berharap dapat menganjurkan lebih banyak bengkel seumpama ini di masa hadapan.

Date of Input: 27/06/2024 | Updated: 27/06/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (03:40:31pm-03:45:31pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]