Serdang, 12 Jun 2024 - Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa) Fakulti Pertanian, dengan kerjasama Yayasan Ahmad Albab, telah menganjurkan Executive Talk bertajuk Medicinal Rice: Benefits and Potential pada 12 Jun 2024. Executive Talk ini turut dihadiri oleh Datuk Husam Musa, Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dan berlangsung di Dewan Pertanian dengan penyertaan seramai 120 orang peserta.
Executive Talk ini telah disampaikan oleh Dr. Md. Imtiaz Uddin, Ketua Pegawai Saintifik & Ketua Bahagian Bioteknologi di Bangladesh Institute of Nuclear (BINA), Bangladesh Agriculture University. Executive Talk ini bertujuan untuk memperkenalkan dan mendalami topik berkaitan medicinal rice, sejenis padi yang telah dimodifikasi atau dibangunkan dengan sifat-sifat perubatan yang memberikan manfaat kesihatan kepada pengguna. Executive Talk ini mendapat sambutan yang sangat baik dan maklum balas positif daripada para peserta.
Selain itu, terdapat juga sesi dialog antara Dr. Md. Imtiaz Uddin dan Datuk Husam Musa mengenai padi atau beras perubatan. Ini bertujuan mengupas cabaran dan peluang dengan mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam penanaman, penghasilan, dan pengedaran medicinal rice serta peluang untuk mengatasi cabaran tersebut.
Date of Input: 27/06/2024 |
Updated: 27/06/2024 | wazien
MEDIA SHARING