Hari Akademik Fakulti Pertanian Perkukuh Perancangan Pengajian Pelajar | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Hari Akademik Fakulti Pertanian Perkukuh Perancangan Pengajian Pelajar

Hari Akademik Fakulti Pertanian Perkukuh Perancangan Pengajian Pelajar

Hari Akademik Fakulti Pertanian Perkukuh Perancangan Pengajian Pelajar
 
SERDANG, 25 April 2026 – Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan Hari Akademik bertempat di Dewan Fakulti Pertanian. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang itu berfungsi sebagai platform strategik bagi membantu pelajar menguruskan perjalanan akademik mereka dengan lebih efisien.
 
 
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memastikan para pelajar dapat merancang perjalanan pengajian secara teratur, sekaligus menjamin kualiti akademik bagi memenuhi kriteria bergraduasi dalam tempoh yang ditetapkan (GOT - Graduate On Time).
 
 
Antara pengisian utama sepanjang program tersebut termasuklah Sesi Konsultasi Bersemuka: Pelajar berpeluang mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada barisan pengurusan fakulti serta staf akademik, Semakan Pelan Pengajian: Penyelarasan kursus bagi memastikan setiap pelajar berada di landasan yang betul mengikut kurikulum program masing-masing, Khidmat Nasihat Kerjaya & Akademik: Perkongsian tips untuk menghadapi cabaran pembelajaran di peringkat universiti.
 
 
Kehadiran yang amat memberangsangkan daripada pelajar yang mewakili ketujuh-tujuh Program Prasiswazah di bawah Fakulti Pertanian membuktikan kesedaran tinggi mereka terhadap kepentingan perancangan akademik yang rapi.
"Komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar pada hari ini mencerminkan keinginan mereka untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dari aspek gred, malah dalam memahami struktur ilmu yang ditawarkan," ujar Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
 
 
Pelajar berharap agar inisiatif seperti Hari Akademik ini dapat diteruskan sebagai agenda tahunan. Ia bukan sekadar platform rujukan, malah bertindak sebagai mekanisme sokongan holistik dalam melahirkan graduan pertanian yang kompeten, berdaya saing, dan berdisiplin tinggi.
 

Date of Input: 04/05/2026 | Updated: 04/05/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (04:20:45pm-04:25:45pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]