Jabatan Sains Tanaman Mantapkan Kemahiran Staf Melalui Bengkel Teknikal 2025 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Jabatan Sains Tanaman Mantapkan Kemahiran Staf melalui Bengkel Teknikal 2025

Jabatan Sains Tanaman Mantapkan Kemahiran Staf melalui Bengkel Teknikal 2025

Jabatan Sains Tanaman Mantapkan Kemahiran Staf melalui Bengkel Teknikal 2025
 
Serdang, 30 Sept – Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kemahiran Teknikal Staf bermula 30 Julai hingga 28 September 2025 yang dilaksanakan dalam tiga siri merangkumi kursus teori, amali pertanian dan sesi pemantapan kemahiran teknikal.
 
 
Siri 1 dan 2 yang dijalankan di Jabatan Sains Tanaman memberi penekanan kepada asas pertanian melalui topik seperti Kenali Media Penanaman & Pemangkasan (Dr Sarah Baharudin), Botani Pertanian (Dr Mohd. Firdaus Ismail) dan Pembiakan Tumbuhan (Dr Puteri Edaroyati Megat Wahab). Penyertaan adalah wajib bagi semua staf makmal bagi meningkatkan pemahaman asas pertanian sejajar dengan tugas mereka.
 
 
Sebagai penutup, Siri 3 telah diadakan pada 28–29 September di Cheringin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang dengan penglibatan staf akademik, makmal dan pentadbiran. Selain sesi pemantapan kemahiran teknikal, siri ini turut memberi fokus kepada pembinaan pasukan melalui aktiviti Check-up Friends, JST Dream Tower Challenge, Flora ID-Hunt serta lawatan ke Fig Malaysia Farm.
 
 
Ketua Jabatan, Dr Puteri Edaroyati Megat Wahab dalam ucapannya menegaskan bahawa keutuhan pasukan yang bersepadu dan dinamik mampu melonjakkan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuh nilai profesionalisme dalam kalangan staf. Beliau turut menekankan kepentingan kepercayaan, tanggungjawab bersama dan kecekapan berorganisasi sebagai teras kecemerlangan jabatan.
 
 
Bengkel ini menyokong aspirasi Jabatan Sains Tanaman untuk melahirkan staf yang kompeten, profesional dan berdaya saing, selaras dengan perkembangan pesat sektor pertanian moden.

Date of Input: 14/10/2025 | Updated: 14/10/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (09:54:15pm-09:59:15pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]