JAWATANKUASA PENGAJIAN PROGRAM (JKPP) PROGRAM MASTER SAINS HAIWAN DAN PROGRAM SAINS AKUKULTUR SIRKULAR KONGSI KEPAKARAN UNTUK MEMANTAPKAN PROGRAM BAHARU PASCASISWAZAH FAKULTI PERTANIAN | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » JAWATANKUASA PENGAJIAN PROGRAM (JKPP) PROGRAM MASTER SAINS HAIWAN DAN PROGRAM SAINS AKUKULTUR SIRKULAR KONGSI KEPAKARAN UNTUK MEMANTAPKAN PROGRAM BAHARU PASCASISWAZAH FAKULTI PERTANIAN

JAWATANKUASA PENGAJIAN PROGRAM (JKPP) PROGRAM MASTER SAINS HAIWAN DAN PROGRAM SAINS AKUKULTUR SIRKULAR KONGSI KEPAKARAN UNTUK MEMANTAPKAN PROGRAM BAHARU PASCASISWAZAH FAKULTI PERTANIAN

JAWATANKUASA PENGAJIAN PROGRAM (JKPP) PROGRAM MASTER SAINS HAIWAN DAN PROGRAM SAINS AKUKULTUR SIRKULAR KONGSI KEPAKARAN UNTUK MEMANTAPKAN PROGRAM BAHARU PASCASISWAZAH FAKULTI PERTANIAN

Serdang, 10 April – Jawatankuasa Pengajian Program (JKPP) bagi dua program baharu iaitu Program Master Sains Haiwan dan Program Master Sains Akuakultur Sirkular telah dibentuk dan bersidang secara dalam talian. JKPP merupakan satu medium menghimpunkan para pemegang taruh terutamanya pakar pertanian serta wakil industri bagi memberikan saranan dan idea-idea bernas bagi mendapatkan maklum balas bertujuan menzahirkan satu kesimpulan atau resolusi yang mantap untuk memantapkan program pengajian peringkat pascasiswazah di Fakulti Pertanian khusus kepada dua program baharu ini yang bakal ditawarkan.
 
Naib Canselor UPM menerusi ucapan pembukaannya memberikan penekanan bahawa peranan Universiti untuk mensiap siagakan pelajar menjadi ‘Future Ready Graduand’ supaya berupaya menghadapi apa sahaja cabaran dan kekaburan apabila melangkah keluar dari Universiti kelak. Sebagai sebuah institusi pengajian bukan sekadar menyediakan pakar dalam bidang diceburi tetapi pelajar mempunyai ciri-ciri atribut untuk kekal bersaing dan menjadi graduan yang bukan sahaja memenuhi keperluan industri diceburi semata sahaja tetapi menjadi graduan yang holistik dan proaktif.
 
Usai pembukaan, ahli mesyuarat dipecahkan kepada dua Kumpulan mengikut lantikan masing-masing dan diketuai oleh Prof. Dr. Loh Teck Chwen untuk program Master Sains Haiwan manakala Prof. Dr. Uma Rani Sinniah untuk program Master Sains Akuakultur Sirkular.
 
Antara ahli JKPP yang hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin (Taylor’s University), En. Azmi Zainal (Farm Fresh Sdn. Bhd), Dr. Akma Ngah Hamid (Jabatan Perkhidmatan Veterinar), Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din (The Academy of Sciences Malaysia), En. Benedict Lim Chin Khian (MADA), En. Hamdan Mamat (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), Dr. Noraini Samat (Pusat Penyelidikan Sains Ternakan) serta ahli akademik dari UPM dan juga Universiti Awam yang lain.
 
Proses pembentukan kurikulum memerlukan komitmen dari semua pihak terlibat agar kurikulum yang disusun dapat dibuat penambahbaikan secara teliti, relevan dan memenuhi matlamat program. Diharapkan, dua program baharu ini akan dapat menarik minat pihak berkepentingan dari semua sektor.

 

Date of Input: 21/04/2025 | Updated: 21/04/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (10:00:14pm-10:05:14pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]