‘Jom Turun Ladang’ Kukuhkan Identiti Fakulti Pertanian | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » ‘Jom Turun Ladang’ Kukuhkan Identiti Fakulti Pertanian

‘Jom Turun Ladang’ Kukuhkan Identiti Fakulti Pertanian

‘Jom Turun Ladang’ Kukuhkan Identiti Fakulti Pertanian

 
Serdang, 12 November – Program tahunan ‘Jom Turun Ladang’ yang sinonim dengan identiti Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) kembali menyerikan suasana kampus dengan penglibatan aktif mahasiswa tahun pertama. Program ini menjadi platform tradisi bagi memperkenalkan kawasan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar baharu Fakulti Pertanian.

Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Loh Tech Chwen, Dekan Fakulti Pertanian, serta YBrs. Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin, Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), bersama pegawai-pegawai dan staf Pejabat Ladang Fakulti yang turut turun padang menjayakan program tersebut.

Sepanjang program, para pelajar dibawa turun ke beberapa kawasan utama termasuk Unit Ternakan, Unit Organik, Rumah Kaca serta kawasan Batas Semaian. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada dunia pertanian sebenar, malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara pelajar, pensyarah dan warga fakulti.
‘Jom Turun Ladang’ terus menjadi simbol kepada semangat dan jati diri Fakulti Pertanian dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga dekat dengan realiti dan nilai kerja lapangan yang sebenar.

Date of Input: 18/11/2025 | Updated: 18/11/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (10:07:37pm-10:12:37pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]