Kunjungan Hormat Anhui Agricultural University Ke Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Kunjungan Hormat Anhui Agricultural University ke Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Kunjungan Hormat Anhui Agricultural University ke Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Kunjungan Hormat Anhui Agricultural University ke Fakulti Pertanian, Universiti Putra
Malaysia
 
 
Pada 2 Oktober 2025, jam 9.00 pagi, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Anhui Agricultural University (AAU), China, Prof. Dr. Chen Liqing. Beliau diiringi oleh Dekan Sekolah Pengajian Kemanusiaan dan Sains Sosial, Prof. Dr. Fang Guowu; Dekan Sekolah Sumber Asli dan Alam Sekitar, Prof. Dr. Zhang Zhen; Profesor Sekolah Hortikultur, Prof. Dr. Wen Bo; Timbalan Dekan Sekolah Sains dan Teknologi Haiwan, Prof. Madya Dr. Yuan Xiaoxhen; serta Timbalan Pengarah Pejabat
Antarabangsa, Puan Ding Hui.
 
 
Delegasi tersebut telah disambut oleh Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen. Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama strategik meliputi penyelidikan bersama, pertukaran pelajar, mobiliti akademik, serta pembangunan program latihan antarabangsa dalam bidang pertanian. Antara inisiatif yang diketengahkan termasuk pertukaran ahli fakulti dan pelajar, penganjuran program pengajian jangka pendek, serta penubuhan makmal bersama antarabangsa.
 
 
Fakulti Pertanian amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap agar jalinan
kerjasama antara UPM dan AAU dapat direalisasikan demi manfaat bersama.
 

Date of Input: 14/10/2025 | Updated: 14/10/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (04:26:27pm-04:31:27pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]