LAWATAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI, UPM | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » LAWATAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI, UPM

LAWATAN RASMI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI, UPM

Serdang, 27 Februari 2023 - YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, UPM telah mengadakan kunjungan secara rasmi ke Fakulti Pertanian dengan objektif bagi mendapatkan informasi dan berkongsi pandangan untuk memantapkan sektor pertanian dan sekuriti makanan serta bagi memperkemas penstrukturan dan gerakan fakulti secara amnya.

Lawatan rasmi ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi dan disambut oleh Dekan Fakulti Pertanian, YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen bersama ahli pengurusan fakulti. Antara lokasi yang telah dilawati termasuklah reban ayam tertutup, kandang kambing dan ladang.

Ketika sesi pembentangan korporat di Dewan Pertanian yang telah disampaikan oleh YBhg. Dekan, beliau telah memperincikan informasi dan pelan strategik fakulti. YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ibrahim Komoo turut berkongsi pandangan membina bagi menambah baik dan menyelaras perjalanan fakulti sejajar dengan perangkaan UPM.

Sesi lawatan rasmi ini telah berakhir pada sekitar jam 10.45 pagi ditutup dengan sesi bergambar dan ucapan penghargaan oleh seluruh ahli pengurusan fakulti.

 

Date of Input: 28/02/2023 | Updated: 28/02/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXESIA1~