Majlis Perasmian Gelanggang Petanque Jabatan Sains Haiwan | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Majlis Perasmian Gelanggang Petanque Jabatan Sains Haiwan

Majlis Perasmian Gelanggang Petanque Jabatan Sains Haiwan

Majlis Perasmian Gelanggang Petanque Jabatan Sains Haiwan
 
SERDANG, 17 April 2026 - Majlis perasmian gelanggang petanque Jabatan Sains Haiwan telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen pada hari Jumaat yang lalu. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jabatan Sains Haiwan, P.M. Dr. Eric Lim Teik Chung, pensyarah, staf pelaksana serta pelajar jabatan.
Gelanggang petanque ini merupakan satu inisiatif unik Jabatan Sains Haiwan sebagai satu-satunya jabatan yang menyediakan kemudahan riadah tersebut di dalam blok jabatan. Ia bertujuan untuk menggalakkan warga jabatan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah yang santai.
 
Selain itu, kemudahan ini juga diharap dapat menjadi medium untuk merapatkan hubungan silaturahim antara staf, memupuk semangat kerja berpasukan serta menyediakan ruang bagi mengurangkan tekanan kerja seharian. Aktiviti seperti petanque yang ringan dan inklusif sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus menyokong kesejahteraan fizikal dan mental warga jabatan.
Sebelum majlis perasmian, turut diadakan aktiviti gotong-royong secara ringkas melibatkan staf dan pelajar sebagai usaha menceriakan kawasan urban jabatan.
 
Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Jabatan Sains Haiwan dalam usaha membudayakan amalan hidup sihat dan seimbang.
 
 
 

Date of Input: 23/04/2026 | Updated: 23/04/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (12:26:26pm-12:31:26pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]