Martabat Kecemerlangan Akademik: 140 Mahasiswa Fakulti Pertanian Terima Sijil Kepujian Dekan Dan Naib Canselor | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Martabat Kecemerlangan Akademik: 140 Mahasiswa Fakulti Pertanian Terima Sijil Kepujian Dekan dan Naib Canselor

Martabat Kecemerlangan Akademik: 140 Mahasiswa Fakulti Pertanian Terima Sijil Kepujian Dekan dan Naib Canselor

Martabat Kecemerlangan Akademik: 140 Mahasiswa Fakulti Pertanian Terima Sijil Kepujian Dekan dan Naib Canselor
 
SERDANG, 29 April 2026 – Seramai 140 mahasiswa Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2024/2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Fakulti Pertanian, petang semalam.
 
 
Majlis yang bermula pada jam 5.00 petang itu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa Fakulti Pertanian (PERMATANI) dengan kerjasama Unit Akademik (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pertanian. Penganjuran ini bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang mahasiswa yang menunjukkan prestasi akademik yang konsisten dan membanggakan.
 
 
Para penerima anugerah terdiri daripada mahasiswa daripada tujuh program pengajian yang berjaya memenuhi kriteria ketat yang telah ditetapkan oleh fakulti. Anugerah yang disampaikan merangkumi dua kategori utama iaitu Sijil Kepujian Dekan dan Sijil Kepujian Naib Canselor.
 
Bagi melayakkan diri menerima pengiktirafan tersebut, mahasiswa perlu mencapai Purata Nilai Gred (GPA) sekurang-kurangnya 3.75, sekali gus mencerminkan tahap komitmen dan kecemerlangan akademik yang tinggi.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pertanian, YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menzahirkan rasa bangga terhadap usaha gigih dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para mahasiswa sepanjang sesi pengajian.
“Penganjuran majlis seperti ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang, di samping menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara pada masa hadapan,” ujar beliau.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan kepimpinan fakulti serta penyelaras program, antaranya Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin; Penasihat PERMATANI, Dr. Fazlin Ali; serta ketua-ketua jabatan Fakulti Pertanian.

Date of Input: 04/05/2026 | Updated: 04/05/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (03:04:31pm-03:09:31pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]