‘MEET AND GREET’ PLATFORM PERTEMUAN PELAJAR SISWAZAH BAHARU DENGAN TIMBALAN DEKAN SISWAZAH FAKULTI PERTANIAN | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » ‘MEET AND GREET’ PLATFORM PERTEMUAN PELAJAR SISWAZAH BAHARU DENGAN TIMBALAN DEKAN SISWAZAH FAKULTI PERTANIAN

‘MEET AND GREET’ PLATFORM PERTEMUAN PELAJAR SISWAZAH BAHARU DENGAN TIMBALAN DEKAN SISWAZAH FAKULTI PERTANIAN

 
Serdang, 15 April – Sesi pertemuaan dengan pelajar siswazah baharu bagi kemasukan semester kedua sesi 2024/2025 telah dianjurkan secara fizikal di Dewan Pertanian Fakulti Pertanian.
 
Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Antarabangsa), Prof. Dr. Uma Rani Sinniah yang menekankan kepada senarai semak perancangan pengajian pelajar siswazah, perkara-perkara berkaitan akademik dan sesi pengenalan kepada staf yang mengendalikan skop siswazah Fakulti.
 
 
Prof. Dr. Uma Rani Sinniah menerusi taklimatnya memberi penekanan kepada pelajar untuk sentiasa berbincang dengan penyelia dan memastikan prosedur-prosedur atau borang-borang yang perlu dihantar setiap semester dipenuhi bagi mengelakkan status pelajar menjadi bermasalah.
 
Pelajar juga perlu cakna dengan informasi-informasi berkaitan skop siswazah yang disalurkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah serta hebahan dari Fakulti.
Rata-rata pelajar memberikan respon positif sepanjang sesi dan menjadikan platform ini untuk menyuarakan sebarang pertanyaan berkaitan skop siswazah serta berpeluang mendapatkan tips dan suntikan motivasi dalam menjalani pengajian di Fakulti Pertanian.
 
Selamat datang diucapakan dan selamat maju jaya kepada semua pelajar baharu siswazah Fakulti Pertanian.

 

Date of Input: 21/04/2025 | Updated: 21/04/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (03:10:51pm-03:15:51pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]