Mud Run 2023 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Mud Run 2023

Mud Run 2023

Serdang, 27 Mei 2023 - Mud Run 2023 Fakulti Pertanian telah melabuhkan tirainya. Program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta, pihak penaja dan masyarakat awam.
 
 
Seawal 6.30 pagi, peserta telah mula hadir berkumpul di perkarangan tapak permulaan larian yang bertempat di Children and Sensory Garden. Acara dimulakan dengan edaran pek sarapan ringan dan senaman memanaskan badan.
 
Sebaik siren dimulakan, para peserta yang sangat bersemangat dan teruja terus memulakan larian merentasi trek sejauh 6 KM. Baju jersey bertemakan warna biru dengan corak abstrak berlumpur menambah suasana energetik buat para peserta.
 
 
Trek berlumpur dan berhalangan juga menjadikan program larian kali ini memiliki daya tarikan tersendiri di samping memberi cabaran fizikal dan mental para peserta. Rata-rata peserta memberi respon positif dan sangat gembira dengan program larian ini meskipun perlu menghadapi halangan yang pasti memberi kesan lumpur.
 
 
Sekalung tahniah kepada 10 pelari terpantas bagi kategori lelaki dan wanita. Catatan masa terpantas menamatkan larian ialah 22 minit.
 
 
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar dalam dan luar kampus, pensyarah, rakan penaja dan komuniti awam Tidak lupa juga buat kesemua jawatankuasa, barisan penaja serta individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan acara larian ini.
Koleksi gambar boleh diakses pada rangkaian di bawah.
JUMPA LAGI DI ACARA AKAN DATANG....
Kami menanti dengan senyuman dan pastinya dengan cabaran yang lebih PADU dan MENDEBARKAN!!!!

Date of Input: 31/05/2023 | Updated: 31/05/2023 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEZJAe~