Pelajar UPM Sertai Program On The Map 8.0, Sri Lanka Memperkasa Jiwa Sukarelawan | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Pelajar UPM Sertai Program On The Map 8.0, Sri Lanka memperkasa jiwa sukarelawan

Pelajar UPM Sertai Program On The Map 8.0, Sri Lanka memperkasa jiwa sukarelawan

Pelajar UPM Sertai Program On The Map 8.0, Sri Lanka memperkasa jiwa sukarelawan
 
 
SRI LANKA, 27 Sept – Santhus Mohanasundram, pelajar Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian UPM, telah menyertai program mobiliti antarabangsa On The Map 8.0 anjuran AIESEC in University of Kelaniya, Sri Lanka pada 15 Ogos hingga 27 September 2025 yang lalu.
 
 
Program selama enam minggu itu memberi fokus kepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) #8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi, dengan matlamat memperkasa komuniti luar bandar melalui pelancongan berasaskan komuniti.
 
 
Sepanjang penyertaan, Santhus bersama sukarelawan antarabangsa lain terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti lawatan ke perusahaan kecil, bengkel pembangunan komuniti, kempen pemasaran digital, serta acara budaya IPS Day.
“Pengalaman ini membuka mata saya tentang bagaimana pelancongan mampan mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat tempatan, selain memupuk kepimpinan dan komunikasi rentas budaya,” ujar Santhus.
Penyertaan ini menyerlahkan komitmen UPM dalam melahirkan graduan berfikiran global, berdaya saing dan berjiwa sukarelawan.
 

Date of Input: 14/10/2025 | Updated: 14/10/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (10:47:44pm-10:52:44pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]