Program Diseminasi Teknologi: Hands-On Asas Berkebun Pembangunan Komuniti Pertanian | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Program Diseminasi Teknologi: Hands-On Asas Berkebun Pembangunan Komuniti Pertanian

Program Diseminasi Teknologi: Hands-On Asas Berkebun Pembangunan Komuniti Pertanian

Hari ini telah berlangsung dengan jayanya Program Diseminasi Teknologi: Hands-On Asas Berkebun Pembangunan Komuniti Pertanian yang melibatkan golongan sasar di Kebun Komuniti Bandar PPAM Larai, Presint 6, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
 
Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta dan sarapan pagi. Program ini bukan sahaja melibatkan komuniti setempat, malah turut mendapat kerjasama daripada pensyarah dan pelajar Fakulti Pertanian, UPM serta wakil daripada Perbadanan Putrajaya. Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini.
 
Antara pengisian program termasuk taklimat ringkas berkaitan teknik pembajaan, cantasan serta kawalan perosak menggunakan repellent. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi amali (hands-on) yang merangkumi:
 
🌿 Teknik pengurusan tanaman fertigasi cili (repellent)
🌿 Teknik pembajaan pokok kantan
🌿 Teknik cantasan pokok limau kasturi
 
Program seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan ilmu, malah memperkukuhkan kemahiran praktikal dalam kalangan komuniti bagi mengusahakan pertanian secara lebih berkesan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat berterusan kepada komuniti 🌾✨
 

Date of Input: 29/05/2026 | Updated: 29/05/2026 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (09:58:17am-10:03:17am, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]