Sesi Penjurian Kibar Jalur Gemilang Fakulti Pertanian UPM Meriah Dengan Sentuhan Warisan & Semangat Kemerdekaan | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Sesi Penjurian Kibar Jalur Gemilang Fakulti Pertanian UPM Meriah dengan Sentuhan Warisan & Semangat Kemerdekaan

Sesi Penjurian Kibar Jalur Gemilang Fakulti Pertanian UPM Meriah dengan Sentuhan Warisan & Semangat Kemerdekaan

Sesi Penjurian Kibar Jalur Gemilang Fakulti Pertanian UPM Meriah dengan Sentuhan Warisan & Semangat Kemerdekaan
 
 
Serdang, 14 Ogos — Fakulti semalam menerima kunjungan barisan juri dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian UPM bagi sesi penjurian pertandingan Kibar Jalur Gemilang yang diketuai oleh En. Husalshah Rizal Hussian selaku Ketua Juri. Turut hadir YBhg. Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Dr. Loh Teck Chwen; YBrs. En. Amiruddin Abd Aziz, Timbalan Pendaftar Fakulti; serta ketua-ketua jabatan.
 
 
Berteraskan konsep Pertanian & Kemerdekaan, sesi penjurian dimulakan dengan persembahan pentomen sebabak yang mengisahkan perjalanan kebangkitan sektor pertanian di Malaysia, sehingga tertubuhnya Universiti Putra Malaysia yang pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Persembahan ini memberi gambaran sejarah yang mengakar dalam identiti universiti.
 
 
Selepas itu, para juri dibawa menyaksikan hasil ciptaan bendera unik yang dihasilkan daripada hampir 1,500 potongan dahan pokok yang dicat dan disusun, melambangkan perpaduan masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan budaya di bawah satu panji. Kreativiti warga fakulti turut terserlah melalui lukisan doodle yang menonjolkan kemajuan, biodiversiti dan keunikan tanah Malaysia.
 
 
Menambah kemeriahan, para juri berpeluang merasai pelbagai juadah warisan yang membangkitkan nostalgia antaranya lempeng, pisang rebus, ubi kayu dan beberapa hidangan tradisional lain yang mencerminkan jati diri dan kekayaan budaya negara.
Program ini bukan sahaja menjadi medan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga fakulti, malah mengangkat nilai warisan, kreativiti dan inovasi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI .
"Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni"

Date of Input: 18/08/2025 | Updated: 18/08/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (12:27:11pm-12:32:11pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]