Syed Muhamad Nazdmi Terima Anugerah Pelajar Terbaik Sains Tumbuhan MSPP 2024 | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Syed Muhamad Nazdmi Terima Anugerah Pelajar Terbaik Sains Tumbuhan MSPP 2024

Syed Muhamad Nazdmi Terima Anugerah Pelajar Terbaik Sains Tumbuhan MSPP 2024

Syed Muhamad Nazdmi Terima Anugerah Pelajar Terbaik Sains Tumbuhan MSPP 2024
 
 
PUTRAJAYA, 15 November 2025 – Syed Muhamad Nazdmi B. Syd Zahari telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Sains Tumbuhan 2024 oleh Persatuan Fisiologi Tumbuhan Malaysia (MSPP). Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Hotel Moxy Putrajaya.
 
 
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Roohaida Othman, Pengerusi MSPP bagi tahun 2024. Sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan akademik dan penyelidikannya, penerima anugerah turut menerima Sijil Pencapaian serta sumbangan wang tunai.
Antara kriteria Pemilihan anugerah tersebut adalah;
a.Menamatkan program ijazah sepenuh masa dalam bidang berkaitan sains tumbuhan seperti Sains Pertanian, Sains Tumbuhan, Teknologi dan Pengurusan Perladangan, Bioteknologi Tumbuhan dan bidang lain yang menawarkan kursus Fisiologi Tumbuhan.
b.Mencapai PNGK sekurang-kurangnya 3.75.
c.Mendapat gred A bagi Projek Tahun Akhir dan gred A bagi kursus Fisiologi Tumbuhan.
Sehubungan itu, Syed Muhamad Nazdmi berjaya menepati semua kriteria tersebut melalui komitmen tinggi terhadap akademik dan penyelidikan. Projek Tahun Akhir beliau bertajuk “Kesan Baja Organik dan Bukan Organik kepada Tumbesaran Kunyit Hitam (Curcuma caesia)” di bawah seliaan Dr. Nor Elliza Tajidin.
MSPP berharap penganugerahan ini dapat menjadi pencetus motivasi kepada pelajar-pelajar Fakulti Pertanian untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang, khususnya dalam bidang Fisiologi Tumbuhan.
 

Date of Input: 18/11/2025 | Updated: 18/11/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (04:36:15pm-04:41:15pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]