![]() |
Seluruh warga Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Ahli Jawatankuasa Unit Organik, Ladang 15, Fakulti Pertanian yang terdiri daripada Dr. Noraini Md Jaafar, Pn. Nurul Azwana Yahya, Pn. Siti Farawahida Abd Wahab, Pn. Farah Wahida Abdul Manan dan En. Muhamad Muammar Ngadinas di atas kejayaan telah memperbaharui Persijilan Skim Organik Malaysia (myOrganic) untuk Sektor Tanaman daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MS 1529:2015). |
Jawatankuasa Unit Organik ini terdiri daripada barisan penasihat dan ahli dari kalangan staf akademik yang turut menyumbang dan menyelaras aktiviti di Unit Organik (Pengeluaran, Pengajaran, Penyelidikan, Khidmat Komuniti dan Jaringan Masyarakat). |
Jawatankuasa Pengurusan dan Seluruh Warga Fakulti Pertanian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan tahniah di atas kejayaan ini. Semoga dapat menjadi inspirasi kepada warga Fakulti Pertanian. |
Date of Input: 12/01/2022 | Updated: 12/01/2022 | syazreena
Faculty of Agriculture
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA