Taklimat Industri SD Guthrie Tarik Minat Pelajar Dan Graduan UPM | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Taklimat Industri SD Guthrie Tarik Minat Pelajar dan Graduan UPM

Taklimat Industri SD Guthrie Tarik Minat Pelajar dan Graduan UPM

Taklimat Industri SD Guthrie Tarik Minat Pelajar dan Graduan UPM
 
Serdang, 13 November 2025 – Satu Taklimat Industri bersama SD Guthrie telah diadakan di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian UPM, dengan kehadiran pelajar dari pelbagai program pengajian. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dan latihan industri dalam sektor perladangan.
 
Taklimat telah disampaikan oleh En. Thum Chee Seng, Pengurus Ladang (Jasin), yang berkongsi pengalaman luas beliau dalam pengurusan ladang serta hala tuju SD Guthrie dalam melahirkan tenaga kerja muda berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
 
Selain sesi perkongsian industri, turut diadakan sesi temuduga khas bagi ambilan Protégé SD Guthrie yang menarik penyertaan bukan sahaja daripada pelajar Fakulti Pertanian, malah graduan dari pelbagai fakulti di UPM. Sesi ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalani penilaian awal dan berinteraksi secara langsung dengan wakil industri.
Program ini telah diselaraskan oleh Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pertanian UPM dengan dibantu oleh Jawatankuasa PERMATANI. Inisiatif ini dilihat sebagai satu platform penting dalam memperkukuh hubungan universiti–industri serta membuka ruang kepada pelajar UPM untuk memahami realiti dan keperluan sebenar dunia pekerjaan, khususnya dalam bidang perladangan dan pengurusan agro.

Date of Input: 18/11/2025 | Updated: 18/11/2025 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
X, (10:06:27pm-10:11:27pm, 18 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]