Istanbul, 10 September 2024 – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar tujuh (7) wakil pelajarnya untuk menyertai program “Global Student Leaders Summit 2024” yang diadakan di Istanbul, Turki, dari 8 hingga 14 September 2024.
Program GSLS 2024 adalah platform dinamik yang mengumpulkan pelajar dari pelbagai negara (Turki, Singapura, Indonesia, Rusia, Malaysia) untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang-bidang seperti isu global, kepemimpinan, kefahaman silang budaya, dan perubahan transformatif. GSLS ini merangkumi perbincangan bagi merangsang pemikiran serta peluang rangkaian yang memberi impak dan membolehkan peserta membuka potensi mereka serta berperanan sebagai pemangkin impak global yang positif
Wakil-wakil pelajar UPM yang terlibat dalam program ini adalah;
1. Saudari Umairah Farisah Ahmad Yuzri dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul yang membentangkan tajuk “Jelajah Putra: Humanising society for sustainable future”.
2. â Saudari Ainina Nabilah Binti Shamsul Bahar dan Saudari Fatin dengan topik “Pertanian Tanpa Cangkul: Volunteering in Agriculture Innovation,”.
3. Muhammad Ammar Mohd Salleh yang membentangkan “Buddies Global Symposium 2024: Addressing Internationalisation Challenges in Public Universities,”.
4. â Jasriman Bin Hassan yang membincangkan “Alternative Transportation: Additional Transportation Provision Programs Affect the Health and Sustainability of the Environment,”.
5. â Muhammad Nazreen Bin Samuri (bersama Fatin Amirah Mohd Hisham) dengan tajuk “Impact of MySTEM Ambassador UPM Club on Students’ STEM Engagement,” dan
6. â Muhammad Hafidz Bin Shahril Izwan yang membentangkan “Vertico Clothing.” Leadership role of entreneurship in UPM.
Delegasi pelajar UPM turut disertai oleh Ketua Pentadbiran HEPA, Encik Abdullah Arshad selaku pegawai pembimbing.
Tahniah diucapkan kepada Saudari Umairah Farisah Ahmad Yuzri dan Saudara Muhammad Hafidz Bin Shahril Izwan kerana dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik.
Pencapaian cemerlang ini telah meningkatkan inisiatif ‘Global Prominence UPM’ ke arah untuk meningkatkan reputasi dan motivasi pelajar UPM di peringkat antarabangsa.
Penglibatan wakil-wakil pelajar UPM juga dapat merealisasikan hasrat universiti untuk memperkukuh kerangka True North UPM (Berilmu Berbakti) yang bermatlamatkan pencapaian hasil, berpaksikan nilai dan inklusif.
Date of Input: 23/09/2024 |
Updated: 23/09/2024 | wazien
MEDIA SHARING