UPM ANJUR PROGRAM MEITA SHOWCASE, PERKASAKAN KOMUNITI DENGAN PEMINDAHAN ILMU PENGGUNAAN IoT UNTUK PEMANTAUAN PAYA BAKAU | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » UPM ANJUR PROGRAM MEITA SHOWCASE, PERKASAKAN KOMUNITI DENGAN PEMINDAHAN ILMU PENGGUNAAN IoT UNTUK PEMANTAUAN PAYA BAKAU

UPM ANJUR PROGRAM MEITA SHOWCASE, PERKASAKAN KOMUNITI DENGAN PEMINDAHAN ILMU PENGGUNAAN IoT UNTUK PEMANTAUAN PAYA BAKAU

UPM ANJUR PROGRAM MEITA SHOWCASE, PERKASAKAN KOMUNITI DENGAN PEMINDAHAN ILMU PENGGUNAAN IoT UNTUK PEMANTAUAN PAYA BAKAU
 
SERDANG, 30 Jun - Fakulti Pertanian (FP), Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam telah menganjurkan program pemindahan ilmu Sustainable Aquatic Resource Management in Mangrove Ecosystems Via Internet of Things Application (MEITA) Showcase di bagi memperkasakan komuniti dengan pemindahan ilmu penggunaan internet benda (IoT).
 
 
Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Prof. Dr. Azlinda Azman hadir merasmikan MEITA Showcase.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof Dr. Ismi Arif Ismail berkata program itu menjadi sebahagian daripada usaha universiti bersama komuniti untuk memelihara dan memulihara alam semulajadi khususnya paya bakau.
“Program ini dapat menghubungkan serta mendidik semua pihak untuk mewujudkan ekosistem paya bakau yang mampan melalui penggunaan teknologi,”katanya.
Sementara itu, Dekan FP, UPM, Prof. Dr. Loh Teck Chwen berkata inisiatif projek MEITA Showcase yang telah bermula dari tahun 2020 hingga tahun 2021 di mana sistem IoT telah dipasang di kawasan paya bakau di sekitar Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.
 
 
“Pendedahan penyelidikan oleh UPM kepada masyarakat terutamanya kepada pelajar untuk dapat memastikan keberkesanan inisiatif memelihara hutan paya bakau bagi kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.
“Ini secara langsung memberi pendedahan kepada komuniti yang cakna tentang kepentingan kesimbangan ekosistem paya bakau yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita,” katanya.
 
 
Manakala penganjur bersama dalam program tersebut adalah fakulti dan institut di bawah UPM antaranya Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Institut Biosains (IBS), dan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP).
Dalam pada itu, pelajar Bacelor Sains Akuakultur Dengan Kepujian, FP, UPM, Engku Muhammad Adil Engku Omar Amiruddin, berkata program itu memberi beliau pendedahan untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah (KI).
“Saya dapat mengaplikasikan ilmu yang pelajari di kuliah serta meningkatkan keyakinan diri saya bersama-sama komuniti setempat,” katanya.
 
 
 
Sementara itu, 400 peserta telah menyertai program itu yang berlangsung di Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.
Antara aktiviti yang dijalankan di MEITA Showcase iaitu ceramah ilmiah, ‘Jom Mengenali Bakau’, National Treasure Hunt dan penanaman semula pokok bakau.
 
Turut terlibat dalam Program MEITA Showcase, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Persatuan Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang, Loranet Technologies PLT, Agromate Holdings Sdn Bhd, dan Edgenta Infrastructure Services Sdn Bhd.

Date of Input: 10/07/2024 | Updated: 10/07/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
W, (02:58:42pm-03:03:42pm, 15 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]