
SERDANG, 12 Mei – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan program Jom Masuk U bagi Zon Tengah II Tahun 2024 yang diadakan pada 11 hingga 12 Mei 2024 di Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.
Program yang berlangsung selama dua (2) hari bermula semalam memberi peluang kepada ibu bapa, pelajar sekolah, guru, dan orang awam untuk mendapatkan info-info berkaitan program pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam dan Swasta sebelum membuat pilihan dalam sistem Permohonan UPU@Online Fasa 2 yang telah dibuka pada 29 April 2024 hingga 9 Jun 2024.

Fakulti Pertanian turut tidak melepaskan peluang dalam meningkatkan promosi program pengajian peringkat Pra Siswazah dan Pasca Siswazah yang meliputi 7 program Bacelor serta 6 program Master dan Doktor Falsafah kepada para pengunjung pada sesi yang terakhir hari ini.

Penganjuran program itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Jom Masuk U 2024 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang JOM MASUK U 2024 berlangsung antaranya Jalan-jalan@UPM, sesi konsultasi UPUOnline, Fiesta Makanan, cabutan bertuah, bual bicara bersama alumni, eDU-PARK@UPM dan banyak lagi.

Date of Input: 15/05/2024 |
Updated: 15/05/2024 | wazien
MEDIA SHARING