Master Sains Tanah Tropika | FAKULTI PERTANIAN
» SISWAZAH » PROGRAM SECARA KERJA KURSUS » Master Sains Tanah Tropika

Master Sains Tanah Tropika

 

PENDAHULUAN

Program Master Pengurusan Sumber Tanah (Master LARM) merupakan satu-satunya program seumpamanya di rantau ASEAN, yang ditawarkan oleh Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini mendapat kerjasama Cambridge International Land Institute (CILI), sejak Mei 1997, sebagai usahasama dalam memenuhi keperluan program. Program ini melahirkan graduan yang profesional dari aspek teknikal dan pengurusan dalam bidang pengurusan tanah; meliputi  teori, metodologi dan kaedah terkini dalam menguruskan sumber tanah, terutama bagi kawasan tropika.

Pada akhir program, para pelajar dapat mempraktikkan kemahiran asas dan menggunakan kefahaman berkaitan sains tanah dan pengurusan sumber tanah dalam menyelesaikan permasalahan tanah dan yang berkaitan dengannya. Mereka juga akan lebih menghargai keperluan dan kepentingan tanah dalam konsep kehidupan harian dan bagaimana tanah dapat digunakan secara lestari. Dengan itu, dapat meningkatkan pengetahuan, kepakaran teknikal, keyakinan dan profesionalisma dalam menghadapi cabaran di dalam pengurusan sumber tanah pada masa akan datang.

 

SYARAT KEMASUKAN

 

Calon mesti mempunyai:

  • Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun, memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.25 atau setaraf
  • Bagi graduan yang baru menamatkan pengajian, mereka perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00.
  • pelajar luar negara yang bergraduat dari universiti yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Inggeris, mereka perlu lulus tahap kelayakan Bahasa Inggeris seperti yang telah ditetapkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah UPM.
  • Memenuhi semua syarat am seperti yang ditetapkan Senat UPM.

**Calon tanpa kelayakan dalam bidang berkaitan atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan hendaklah menjalani kursus pra-syarat yang sesuai (SST4304 Perubahan Iklim dan Pertanian) 

 

STRUKTUR PROGRAM

 

Ekonomi Dan Dasar Pembangunan Pertanian (EPT5501, 3 Kredit) Kursus ini merangkumi pelbagai teori ekonomi dan dasar pembangunan sektor pertanian dan pengalaman negara-negara membangun seperti Malaysia. Pembangunan sektor pertanian di negara maju dan isu semasa berkaitan pembangunan dan pembentukan dasar sektor pertanian dibincangkan.

Kaedah Penyelidikan Dan Statistik Dalam Sains Tanah (SST5100, 3 Kredit)  Kursus ini meliputi kaedah penyelidikan dan penggunaan statistik dalam bidang sains tanah. Turut dirangkumi adalah penyediaan cadangan penyelidikan, kaedah persampelan, rekabentuk eksperimen, analisis dan tafsiran data statistik dan penggunaan persian statistic

Survei Dan Penilaian Tanah (SST5203, 3 Kredit)  Kursus ini merangkumi sifat tanah asas untuk pemerihalan profil tanah, kaedah survei dan kegunaan GIS, penyediaan peta tanah, pengelasan jenis tanah, prinsip dan prosidur penilaian tanah untuk pertanian, hutan, kejuruteraan dan pembangunan kawasan rekreasi.

Kesuburan Tanah Tropika (SST5605, 3 Kredit)  Kursus menumpukan kepada kesuburan tanah tropika untuk pengeluaran tanaman dan pengurusan tanah untuk mencapai pertanian lestari. Tumpuan juga diberi terhadap kaedah penilaian kesuburan tanah dan pengunaan baja di tanah tropika.

Interaksi Tanah Tumbuhan Mikrob (SST5501, 3 Kredit)  Kursus ini merangkumi ciri biologi dan proses biokimia terlibat dalam interaksi tanah-tumbuhan-mikrob, pertalian secara simbiotik dan tak-simbiotik,2pengikatan N2 secara biologi, simbiosis mikoriza, patogen tanaman dan kawalan biologi, dan pengaruh interaksi terhadap kesuburan tanah, bioremediasi dan pengurusan alam sekitar

Projek Tanah Tropika (SST5902, 3 Kredit)  Kursus ini meliputi penilaian kritis bahan bertulis, pengumpulan data dan analisis, penafsiran keputusan, perbincangan dan kesimpulan penyelidikan projek dalam bidang pengelasan, kesuburan, kimia, fizik, biologi, pemalaan dan pencemaran tanah tropika.

Projek Tanah Tropika (SST5902, 3 Kredit)  Kursus ini meliputi penilaian kritis bahan bertulis, pengumpulan data dan analisis, penafsiran keputusan, perbincangan dan kesimpulan penyelidikan projek dalam bidang pengelasan, kesuburan, kimia, fizik, biologi, pemalaan dan pencemaran tanah tropika.

 

YURAN PENGAJIAN

 

Pelajar Tempatan

Pelajar Antarabangsa

 

SENARAI KURSUS

 

 

HUBUNGI KAMI

 

Dr. Muhammad Firdaus Sulaiman

Penyelaras Program Master Sains Tanah Tropika
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 4121
Email: muhdfirdaus@upm.edu.my 

 

Kemaskini:: 27/03/2024 [syaza]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXETCA6~