Program Sustainable Agriculture Food Waste Management (SAFeWAM) | FACULTY OF AGRICULTURE
» NEWS » Program Sustainable Agriculture Food Waste Management (SAFeWAM)

Program Sustainable Agriculture Food Waste Management (SAFeWAM)

SERDANG, 21 April - Kelab Bacelor Sains Hortikultur, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Sustainable Agriculture Food Waste Management (SAFeWAM) dengan kerjasama ISAAS-Malaysian Chapter dan Jabatan Pertanian Malaysia.
Program itu diadakan pada hari Ahad, 21 April 2024 bertempat di Unit Organik, Ladang 15, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Program ini telah berlangsung bermula jam 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari.

 
Dengan bermatlamat untuk membangunkan komuniti pertanian dalam menangani isu lambakan bahan buangan seperti sisa sayuran dan sisa tanaman yang boleh diguna semula sebagai baja untuk tumbuhan. Seramai 23 orang peserta terdiri daripada komuniti dan 22 orang pelajar daripada Kelab Bacelor Sains Hortikultur telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Dengan kerjasama dari Jabatan Pertanian Malaysia, komuniti dan pelajar dapat menimba ilmu secara praktikal mengenai pembuatan 3R - Raised Bed KKG daripada penceramah jemputan, Puan Juliana Binti Megat yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia.

 
Program ini telah memberi impak yang besar terhadap komuniti terutamanya dalam aspek kelestarian dalam bidang pertanian negara.
Menurut Profesor Dr. Loh Teck Chwen, Dekan Fakulti Pertanian, peningkatan harga pasaran baja pada masa kini, amalan menghasilkan kompos daripada sisa makanan bukan sahaja dapat menambahkan lagi hasil pertanian, bahkan juga mengurangkan jumlah sisa makanan yang dibuang. Beliau juga memberi penekanan tentang kepentingan ahli komuniti dan peserta yang menghadiri majlis tersebut dalam menerajui aktiviti pertanian mereka agar usaha tidak menjadi sia-sia.
Ketua Penyelaras Program, Dr. Aiman Takrim Bin Zakaria juga menjelaskan bahawa transformasi sisa pertanian menjadi kompos mendorong ekologi tanah menjadi lebih produktif untuk pengeluaran hasil tanaman yang berkualiti.

 
“ Dengan penganjuran program Sustainable Agriculture Food Waste Management (SAFeWAM), saya berharap para peserta komuniti dan pelajar yang hadir pada hari ini mendapat ilmu yang banyak mengenai pembuatan kompos menggunakan sisa sayuran dan tanaman. Terima kasih juga kepada penceramah dan semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini.” ucap Muhammad Akif Bin Mohd Rafi, selaku pengarah program.
 

Date of Input: 24/04/2024 | Updated: 24/04/2024 | wazien

MEDIA SHARING

FACULTY OF AGRICULTURE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFGOAn~