Dalam temubual khas bersama Prof. Madya Dr. Christopher Teh, Ketua Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian UPM di rancangan Selamat Pagi Malaysia, beliau berkongsi pandangan mendalam mengenai kepentingan tanah kepada kehidupan manusia.
Beliau menjelaskan bahawa hanya satu pertiga daripada muka bumi yang diliputi tanah, dengan kawasan yang sesuai untuk pertanian lebih kecil lagi. Kepentingan pengurusan tanah secara lestari ditekankan, kerana tanah bukan sahaja menyumbang kepada pengeluaran makanan tetapi juga mempengaruhi iklim global melalui simpanan karbon.
Prof. Madya Dr. Christopher turut menyentuh peranan rakyat biasa dalam menjaga tanah, termasuk melalui aktiviti mudah seperti berkebun, dan bagaimana negara-negara maju serta membangun perlu bekerjasama untuk menangani perubahan iklim.
Beliau menekankan bahawa teknologi moden dan pendekatan lestari, seperti pertanian tepat dan pengurusan baja yang terancang, adalah kunci untuk memastikan tanah kekal produktif dan mampu menyokong kehidupan pada masa hadapan.
Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | wazien
PERKONGSIAN MEDIA