Majlis MoU Antara UPM Dengan Malayan Flour Mills (MFM) Berhad | FAKULTI PERTANIAN
» ARTIKEL » Majlis MoU antara UPM dengan Malayan Flour Mills (MFM) Berhad

Majlis MoU antara UPM dengan Malayan Flour Mills (MFM) Berhad

 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPM dengan Malayan Flour Mills Berhad telah diadakan pada 13 Ogos 2018 di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian. Majlis tandatangan telah disempurnakan oleh YBhg Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris dan YBhg Tan Sri Dato’ Seri Utama Haji Arshad Ayub dengan disaksikan oleh Mr. Teh Wee Chye dan YBhg.Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Dekan Fakulti Pertanian.
 
Melalui MoU ini, Malayan Flour Mills bersetuju memberi endowment 3 juta unit saham MFM di samping membiaya sistem rumah tertutup untuk ayam broiler kepada Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian. Kos pembinaan sistem rumah tertutup ini dianggarkan RM500,000.00. Kerja asas rumah ayam yang tertutup kini sedang berjalandan akan selesai menjelang akhir tahun ini. Selain itu, Malayan Flour Mills Berhad akan menyediakan 3 biasiswa penuh untuk 3 orang pelajar Sains Haiwan bermula pada September 2019 untuk mengikuti sangkutan di Universiti Arkansas, USA selama satu tahun.
 

Tarikh Input: 15/08/2018 | Kemaskini: 15/08/2018 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566464312