Makanan Khusus Pertama ‘Raja Sungai’ Percepat Tumbesaran | FAKULTI PERTANIAN
» ARTIKEL » Makanan Khusus Pertama ‘Raja Sungai’ Percepat Tumbesaran

Makanan Khusus Pertama ‘Raja Sungai’ Percepat Tumbesaran

Makanan khusus ikan kelah untuk cepatkan tumbesaran dan produktiviti untuk tujuan pengkomersialan dan jualan Turut terkenal dengan nama empurau dalam kalangan penduduk Sarawak, jenis ikan itu mampu mencapai harga RM800 sehingga RM1200 sekilogram.

Bakal merancakkan lagi industri penternakan ikan berkenaan, Penyelidik Jabatan Akuakultur, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Mohd. Salleh Kamarudin memperkenalkan inovasi makanan khas untuk jenis ikan berkenaan.

Katanya, pembangunan inovasi itu didorong oleh masalah mendapatkan makanan yang sesuai untuk pembangunan kultur jenis kelah merah sejak sekian lama. “Selain pembiakan aruhan, satu masalah menyekat pembangunan kultur kelah merah iaitu mendapatkan jenis makanan paling sesuai untuk membolehkannya membesar dengan cepat bagi memperoleh pulangan lumayan.

“Makanan ikan yang diberi nama TropiCarp™ Premium Mahseer Feed dihasilkan daripada bahan-bahan premium dan halal yang berupaya memberikan kadar pertukaran makanan yang baik bagi ikan kelah dan memendekkan jangka masa penternakannya,” katanya kepada Utusan Malaysia. headtopics.com

 

Tarikh Input: 06/06/2023 | Kemaskini: 06/06/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDdGAm~