M’SReD: Pencincang Kulit Durian | FAKULTI PERTANIAN
» ARTIKEL » M’SReD: Pencincang Kulit Durian

M’SReD: Pencincang Kulit Durian

Inovasi:
M’SReD: Pencincang kulit durian untuk pengkomposan sisa bio yang cekap.

Kelebihan inovasi:
i. Proses pencincang kulit durian menggunakan teknologi ini dapat mencincang kulit durian kepada cebisan kecil dengan pantas
ii. Design mesin serta bahan yang digunakan dapat memudahkan proses pembersihan serta penyeleggaraan. Penggunaan material coated powder mild steel pada mesin ini dapat mamanjangkan jangka hayat mesin.
iii. Mesin ini mudah untuk dikendalikan kerana menggunakan design yang ringkas dan tidak memerlukan tenaga kerja yang mahir untuk dikendalikan.
iv. Rekaan yang ringkas pada mesin ini menjadikan mesin ini lebih mudah alih serta tidak memerlukan ruang yang besar untuk digunakan.
v. Kualiti hampas durian yang dihasilkan lebih baik kerana saiz hampas yang kecil dapat menjadikan kompos lebih mudah untuk diproses pada peringkat seterusnya.
vi. Penggunaan mesin ini lebih menjimatkan tenaga kerana tidak menggunakan engin yang besar bagi mencincang isi durian pada kuantiti yang banyak.
Penyelidik: PROF. TS. DR. ROSNAH SHAMSUDIN (rosnahs@upm.edu.my)
Maklumat lanjut berkaitan inovasi UPM : promosi@upm.edu.my

Tarikh Input: 19/06/2023 | Kemaskini: 19/06/2023 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEcDA3~