Syarahan Umum Oleh Dr. Md. Kabir Ikramul Haque | FAKULTI PERTANIAN
» ARTIKEL » Syarahan Umum oleh Dr. Md. Kabir Ikramul Haque

Syarahan Umum oleh Dr. Md. Kabir Ikramul Haque

Dr. Md. Kabir Ikramul Haque, Executive Chairman of the Bangladesh Agricultural Research Council (BARC) telah berkunjung ke Fakulti Pertanian pada 22 Oktober 2018 dalam rangka lawatan beliau ke Malaysia. Kunjungan beliau telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Dekan, Fakulti Pertanian dan Prof. Madya Dr Nor Azowa Ibrahim, Timbalan Dekan (Akademik), Sekolah Pengajian Siswazah.
 
 
 

Tujuan lawatan adalah mendapatkan perkembangan dan perancangan pelajar dari Bangladesh yang menerima biasiswa di bawah National Agricultural Technology Program (NATP). Pihak BARC juga mengalu-alukan kerjasama penyelidikan antara UPM dengan agensi penyelidikan di bawah BARC.

Perjumpaan turut dihadiri oleh 39 orang pelajar siswazah dari Bangladesh yang menerima biasiswa NATP bersama penyelia mereka.

 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 23/10/2018 | Kemaskini: 28/11/2018 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXESRAV~