Aktiviti Semarak Ramadhan KKSSFP 2024 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Aktiviti Semarak Ramadhan KKSSFP 2024

Aktiviti Semarak Ramadhan KKSSFP 2024

Kelab Kebajikan dan Sosial Staf Fakulti Pertanian telah menjalankan beberapa aktiviti di sepanjang Bulan Ramadhan 1445 Hijrah. Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Biro Kebajikan Staf dan Biro Kerohanian Dan Pembangunan Modal Insan adalah seperti berikut:

  • Tazkirah Ramadhan

Tajuk: Ahlul Kitab Dan Syariat Puasa Ramadhan

Penceramah : Ustaz Prof. Madya Dr. Mazlan Ali

Tarikh: 14 mac 2024 (3 Ramadhan)

Masa: 9.00 Pagi

Tempat: Dewan Pertanian

 

  • Aktiviti Merewang Memasak Burbur Lambuk dan Pasar Percuma (Free Market)

Tarikh : 26 Mac 2024 ( Selasa)

Masa : 9.00 Pagi-12.00 Tengahari

Tempat : Perkarangan Dewan Pertanian

 

  • Majlis Khatam Al-Quran

Tempat : Dewan Pertanian

Masa : 2.30 Tengahari

 

  • Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia

Kg. Sg. Purun, Semenyih

Tarikh : 3 April 2024 (Rabu)

Masa: 11.30 Pagi

Menyantuni warga emas dan menyampaikan Sumbangan Wang Tunai

 

  • Pusat Jagaan Siti Nor Aini

Taman Maju, Kajang

Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)

Masa : 10.30 Pagi

Menyantuni Warga emas dan menyampaikan sumbangan barang serta wang tunai.

 

  • Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia

Kg. Sg. Sekamat Cheras

Tarikh: 4 April 2024 (Khamis)

Masa : 11.30 Pagi

Menyantuni warga emas dan menyampaikan sumbangan barang serta wang tunai.

KKSSFP telah mengadakan lawatan ke pusat jagaan warga emas dan kurang upaya pada 4 April 2024 bersamaan 25 Ramadhan. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan sumbangan berupa wang tunai dan makanan bagi persediaan awal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu, menyantuni warga tersebut dengan beramah mesra bagi menyelami jiwa mereka dan berkongsi kasih sayang. Lokasi lawatan adalah di sekitar Kajang, Selangor.  Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti kelab kebajikan di bawah Biro kebajikan. Turut menyantuni bersama adalah, Ts.Amir Taufiq selaku Pengerusi kelab, barisan Jawatankuasa dan Ahli kelab.

Sepanjang aktiviti tersebut, kami telah diberi pendedahan mengenai latar belakang pusat jagaaan. Di samping itu juga, aktiviti disajikan dengan lawatan setiap ruang dan beramah mesra sesama warga pusat jagaan. Pusat jagaan juga memaklumkan bahawa golongan warga yang menginap adalah dari latar belakang tiada waris, terbiar, uzur, masalah mental dan kurang upaya. Bagi kategori umur adalah dari umur 21-94 tahun. Aktiviti diakhiri dengan sesi bergambar

 

KKSSFP mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama semua warga Fakulti Pertanian yang telah bersama-sama menjayakan program-program ini. Semoga usaha murni ini dilimpahkan keberkatan dan rahmat untuk kita semua.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

 

 

Tarikh Input: 17/04/2024 | Kemaskini: 17/04/2024 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXFcLAQ~