Dairy Farm Development And Management Course | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Dairy Farm Development and Management Course

Dairy Farm Development and Management Course

📢 Dairy Farm Development and Management Course
🗓️ 8-9 Oktober 2025
📍 Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia

Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Fraser & Neave (Malaya) Sdn Bhd (F&N) telah berjaya menganjurkan Kursus Dairy Farm Development and Management pada 8 dan 9 Oktober 2025 bertempat di Fakulti Pertanian, UPM.


Kursus dua hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengurusan operasi ladang tenusu merangkumi aspek penting seperti keperluan pensijilan MyGAP, reka bentuk dan pengurusan ladang, pengurusan reproduksi, perancangan pemakanan, biosekuriti serta kesihatan kawanan.

 


Penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian, UPM telah berkongsi ilmu serta pengalaman berharga berkaitan amalan terbaik dan isu semasa dalam industri tenusu negara.


Kursus ini juga menjadi platform kerjasama antara pihak akademik dan industri dalam memperkukuh perkongsian ilmu, inovasi dan amalan lestari dalam penternakan tenusu. Seramai 23 orang peserta daripada Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) turut terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman sepanjang program. Maklum balas yg positif juga telah diterima daripada para peserta dan mencadangkan kursus yang lebih intensif pada masa akan datang.



Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, peserta dan urus setia atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh pembangunan industri tenusu negara ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing. ðŸ„🥛

 

Tarikh Input: 15/10/2025 | Kemaskini: 15/10/2025 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
Z, (08:52:14pm-08:57:14pm, 02 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]