Fakulti Pertanain, UPM Menawarkan 250 Tempat Mahasiswa Baharu Sesi Akademik 2018/2019 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Fakulti Pertanain, UPM menawarkan 250 tempat mahasiswa baharu sesi akademik 2018/2019

Fakulti Pertanain, UPM menawarkan 250 tempat mahasiswa baharu sesi akademik 2018/2019

 

Pelajar sedang mendengar amanat yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Pertanian,Universiti Putra Malaysia.

 

SERDANG, 4 September - Seramai 250 orang pelajar  telah mendaftar di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia bagi 6 program yang berasingan untuk sesi akademik 2018/2019. Antara program yang ditawarkan bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda ini adalah terdiri daripada Bacelor Sains Pertanian (53 orang), Bacelor Sains Hortikultur (45 orang), Bacelor Sains Perniagaan Tani (52 orang), Bacelor Sains Pertanian (Akuakultur) (34 orang), dan Bacelor Pertanian (Sains Ternak) (50 orang), Bacelor Sains Pengurusan Perladangan (16 orang).

 

Menarik bagi pendaftaran pada sesi ini, Fakulti Pertanian telah menerima 3 orang pelajar antarabangsa, di mana 2 orang adalah dari negara China dan seorang dari negara Somalia.

 
.
Antara wajah pelajar-pelajar yang mendaftar untuk sesi 2018/2019 kali ini.
 

Sesi pendaftaran telah bermula seawal jam 8.00 pagi di Dewan Fakulti Pertanian dan proses pendaftaran pada kali ini berjalan dengan lancar dan tidak mengambil masa yang lama kerana Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah membuat penambahbaikan dalam mendukung sasaran kelestarian hijau universiti dengan memperkenalkan pendaftaran melalui Quick Response Code (QR Code).  Konsep pendaftaran ini sekali gus telah mengurangkan penggunaan kertas dan menyelesaikan isu penyimpanan rekod secara fizikal di Fakulti Pertanian.  Tambahan pula, konsep pendigitalan data pelajar pada hari pendaftaran juga telah meningkatkan produktiviti kakitangan kerana ianya tidak perlu ditaip semula seperti amalan sebelum ini.  

 

Presiden Persatuan Mahasiswa Pertanian (PERMATANI), Mohamad Hakimi Shuib memuji usaha Pejabat Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk memperbaiki sistem pendaftaran yang lebih pantas, berkesan dan bersesuaian dengan arus zaman semasa.  Beliau turut mengharapkan agar pentadbiran akademik di Fakulti Pertanian akan terus membuat penambahbaikan agar kebajikan pelajar lebih terjamin bukan sahaja semasa pendaftaran malah sepanjang pembelajaran empat (4) tahun di Fakulti Pertanian.

 
Presiden Persatuan Mahasiswa Pertanian (PERMATANI), Mohamad Hakimi Shuib sedang mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu sesi 2018/2019.
 

Selain itu, pada sebelah pagi telah berlangsung Majlis Amanat bersama Dekan Fakulti Pertanian iaitu Yang Berbahagia Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi dan diikuti dengan ucapan Timbalan Dekan, Yang Berbahagia Profesor Madya Dr Nur Azura Adam untuk menyampaikan taklimat akademik kepada para pelajar. Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi juga sempat mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang telah mendaftar di Fakulti Pertanian ini.

 
Amanat Dekan oleh Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Dekan Fakulti Pertanian.
 

Tarikh Input: 12/09/2018 | Kemaskini: 29/09/2018 | fahezah_nor

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
C1571654150