Global I-Lead STEM Camp & International STEM Olympiad (GISC & ISTEMO 2018) | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Global I-Lead STEM Camp & International STEM Olympiad (GISC & ISTEMO 2018)

Global I-Lead STEM Camp & International STEM Olympiad (GISC & ISTEMO 2018)

Tahniah kepada pegawai akademik dari Fakulti Pertanian yang telah menjadi fasilitator untuk program Global I-Lead STEM Camp & International STEM Olympiad (GISC & ISTEMO 2018) yang berlangsung pada 16-21 Disember 2018 di Universiti Putra Malaysia.

Kumpulan Dr. Muhammad Faris Abd Aziz dari Jabatan Sains Haiwan telah memenangi pingat emas, manakala kumpulan Dr. Muhammad Nazmin Yaapar dari Jabatan Sains Tanaman, Dr. Nik Norasma Che Ya dari Jabatan Teknologi Pertanian dan Dr. Mohammad Fadhil Syukri Ismail dari Jabatan Akuakultur telah memenangi pingat perak.

Program Global I-Lead STEM Camp & International STEM Olympiad (GISC & ISTEMO 2018) direka khas bagi menyediakan landasan pertemuan kepada pelajar dan guru untuk mempamerkan hasil penyelidikan atau projek mereka diperingkat antarabangsa serta membina rangkaian kenalan.

Selain itu, program itu menjana pengetahuan melalui pertukaran idea dan perkongsian inovasi terkini dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tarikh Input: 16/01/2019 | Kemaskini: 16/01/2019 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXEUNAA~