Buat julung kalinya Jabatan Teknologi Pertanian (JTP), Fakulti Pertanian, UPM dengan jayanya telah mengadakan Hari Keluarga bersama para pelajar Program Sulung JTP, iaitu Program Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian (BTPP). Program ini adalah inisiatif daripada para pelajar BTPP yang bertujuan sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan staf akademik dan para pelajar. Program Hari Keluarga ini turut bertujuan menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Majlis dimulakan jam 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik dan beberapa aktiviti sukaneka. Antara sukaneka yang dipertandingkan adalah boling kelapa, tarik tisu, lastik cawan, cakap belakang, dan kepit belon. Sambutan Hari keluarga disajikan dengan jamuan makan yang telah disediakan secara ‘pot-luck’ oleh para pensyarah dan pelajar. Di samping itu, program turut dimeriahkan dengan slot cabutan bertuah yang ditaja oleh Kalem Meta.
Seterusnya, majlis merakamkan penghargaan kepada YBrs Ts. Dr. Ahmad Suhaizi Mat Su yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Kurikulum Program Bacelor Teknologi Pertanian Pintar dengan Kepujian (BTPP) Fakulti Pertanian yang berakhir pada 19 Mei 2024. Majlis turut merakam tahniah atas pelantikan YBrs. Dr. Wan Fazilah Binti Fazlil Ilahi Pengerusi Kurikulum BTPP yang baharu.
Sebagai penutup majlis, majlis diserikan dengan sesi pemotongan kek sempena meraikan Hari Guru yang di sempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr Siva Balasundran selaku, Ketua Jabatan JTP
Tarikh Input: 30/05/2024 | Kemaskini: 30/05/2024 | wazien
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA