
Empat staf dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta kejayaan luar biasa apabila berjaya menamatkan pengajian dalam program Bacelor Sains Pertanian dengan kelas pertama. Mohd. Nazrul Anis, Nursyafiza Musa, dan Siti Samsiah Yaakup dari Fakulti Pertanian, bersama Mohd. Farhan Makhlis dari Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, membuktikan bahawa semangat, persahabatan, dan disiplin tinggi mampu mengatasi segala cabaran.
Bagi mereka, perjalanan ini tidak mudah. Mengimbangi tanggungjawab kerja, keluarga, dan pengajian jarak jauh memerlukan usaha yang luar biasa. Namun, dengan sokongan antara satu sama lain, mereka berjaya menggenggam ijazah yang diimpikan, menjadi inspirasi buat seluruh warga UPM.
Kejayaan ini adalah bukti bahawa usaha gigih pasti membuahkan hasil. 
---
Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-48 Sidang 2 berlangsung pada 30 November - 6 Disember 2024 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.
#MajlisKonvokesyenUPM48 #BerilmuBerbakti #WeLoveUPM
Tarikh Input: 09/12/2024 |
Kemaskini: 09/12/2024 | wazien
PERKONGSIAN MEDIA