8 April 2025 - Fakulti Pertanian telah menerima kunjungan rasmi Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, bagi meneliti dan mendasari pelan tindakan fakulti, bermatlamatkan keseragaman fokus selaras dengan True North UPM.
Sesi diskusi telah diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Loh Teck Chwen bersama kekuatan ahli mesyuarat yang terdiri daripada kalangan pegawai tertinggi, pensyarah senior dan pegawai akademik.
Turut dibincangkan dalam pertemuan dua hala ini ialah beberapa isu dan cabaran dalam melaksanakan gagasan UPM, seterusnya menyenarai pendek solusi serta alternatif yang wajar diusahakan.
Semoga Fakulti Pertanian terus melangkah maju bagi memartabatkan legasi sebagai satu daripada institusi pendidikan negara.
Tarikh Input: 10/04/2025 |
Kemaskini: 10/04/2025 | wazien
PERKONGSIAN MEDIA