Serdang, 21 Mei 2026 - Jabatan Sains Haiwan, Fakulti Pertanian dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia telah menganjurkan Kursus Rangsuman Makanan Ternakan (Total Mixed Ration) pada 20 dan 21 Mei 2025 bertempat di Fakulti Pertanian, UPM.
Kursus yang telah dihadiri oleh 32 orang staf Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari seluruh semenanjung Malaysia ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai keperluan ration makanan yang lengkap mengikut spesies dan peringkat umur dan juga memberi pendedahan berkaitan proses-proses dalam penghasilan makanan menggunakan kaedah rangsum makanan.
Antara pengisian kursus ini adalah teori dan pengiraan formula untuk penyediaan rangsuman makanan ternakan untuk lembu dan kambing yang telah disampaikan oleh Dr. Nazri Nayan. Manakala pada hari kedua, Prof. Dr. Loh Teck Chwen telah berkongsi mengenai penyediaan rangsuman makanan ternakan untuk ayam kampung dan ayam komersial.
Para peserta kursus juga telah ditunjukkan demonstrasi penyediaan makanan ternakan melalui teknik Total Mixed Ration (TMR) oleh Dr. Wan Ahmad Izuddin Wan Ibrahim. Majlis penutupan kursus telah diadakan dengan pemberian sijil penyertaan kepada semua peserta dan urusetia kursus.
Diharapkan semua peserta dapat menambah ilmu baru mengenai penyediaan makanan ternakan melalui kursus ini. Pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf fakulti yang terlibat dalam menjayakan kursus ini terutamanya kepada staf ladang dan jabatan yang telah memastikan kursus ini berjalan dengan lancar.
Galeri Kursus
Tarikh Input: 30/05/2025 |
Kemaskini: 30/05/2025 | wazien
PERKONGSIAN MEDIA