Ladang 15 UPM Bekal Telur Segar | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Ladang 15 UPM Bekal Telur Segar

Ladang 15 UPM Bekal Telur Segar

Ladang 15 UPM Bekal Telur Segar

 

Setiap pagi, lebih 1,000 biji telur segar dikutip dari Ladang 15, Fakulti Pertanian UPM hasil ternakan ayam baka HISEX Brown yang terkenal produktif serta jinak. Projek ini dikendalikan oleh Pembantu Veterinar, Mior Mohd Nizam bersama pasukan, bukan sekadar untuk pembelajaran pelajar tetapi juga memenuhi keperluan komuniti kampus.
 
 
Kesihatan dan keselesaan ayam dijaga rapi melalui kebersihan reban serta pemantauan berterusan. Proses penggredan telur dijalankan setiap pagi mengikut piawaian pasaran (AAA,AA, A, B, C, D), manakala telur retak dimanfaatkan sebagai makanan ternakan ruminan dan menyokong amalan kelestarian.
 
 
 
Setiap pengeluaran dicatat harian dan dianalisis bulanan. Walaupun manual, sistem ini terbukti efisien. Ladang 15 turut merujuk piawaian syarikat besar seperti QL Resources bagi memastikan kualiti produk setara dengan industri.
Telur segar Ladang 15 sentiasa mendapat sambutan dalam kalangan warga UPM dan masyarakat setempat. Harga ditawarkan mengikut gred semasa dengan jaminan penggantian sekiranya ada isu kualiti.
 
 
 
Projek ini membuktikan peranan UPM dalam menyokong kelestarian makanan, memperkukuh komuniti dan melahirkan generasi muda berpengetahuan dalam bidang penternakan.

 

Tarikh Input: 27/08/2025 | Kemaskini: 27/08/2025 | wazien

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
S, (11:12:10am-11:17:10am, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]