Fakulti Pertanian telah menerima pelawat dari Jabatan Pertanian Sri Lanka pada 13 Mei 2024 sebagai Langkah mengerat perhubungan dalam sektor pengeluaran biji benih. Pihak Fakulti juga telah berbincang mengenai isu siswazah dimana UPM pernah menerima 30 orang pelajar dari Sri Lanka pada tahun 2018.
Adalah diharap program siswazah ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Fakulti Pertanian ingin mengucapkan terima kasih kepada tiga tetamu dari Sri Lanka iaitu Dr. M.G.D. Lakmini Priyantha, Encik M.C. Jayasinghe dan Dr. W.M. Indika Weerasekara atas kunjungan mereka.
Tarikh Input: 15/05/2024 | Kemaskini: 15/05/2024 | wazien
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA