Lawatan Menteri Muda Pertanian Sarawak Ke Projek Agropreneur Muda Akuakultur UPM | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Lawatan Menteri Muda Pertanian Sarawak ke Projek Agropreneur Muda Akuakultur UPM

Lawatan Menteri Muda Pertanian Sarawak ke Projek Agropreneur Muda Akuakultur UPM

Fakulti Pertanian, UPM telah menerima lawatan Yang Berhormat Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Ismail, Menteri Muda Pertanian Sarawak bersama pegawai kanan dari Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) dan Jabatan Perikanan Sarawak untuk melihat potensi kerjasama projek akuakultur di Pusat Penyelidikan Akuakultur Puchong dan tapak projek Program Agropreneur Pelajar Akuakultur (Tilapia Merah dan Tilapia Putra Red) serta beberapa projek akuakultur lain yang dijalankan di Fakulti Pertanian pda 7 Januari 2019.

Semasa di UPM, delegasi telah mengadakan perbincangan dengan YBhg. Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Dekan Fakulti Pertanian, Pengurusan Fakulti Pertanian dan Pegawai Akademik dari Jabatan Akuakultur. Delegasi turut dibawa melawat Pusat Penyelidikan Akuakultur Puchong, dan tapak projek Program Agropreneur Pelajar Akuakultur. YB Menteri berminat bekerjasama dengan UPM untuk mengkomersalkan ikan Tilapia Putra Red dan makanan ikan produk hasil penyelidikan Fakulti Pertanian. YB Menteri dan delegasi juga diraikan dengan jamuan makan tengahari bersama YBhg Prof Datin Paduka Dato' Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM.

 

 
 
 
 
 
 



 

Tarikh Input: 16/01/2019 | Kemaskini: 13/03/2019 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
C1575852169