Lawatan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan lawatan ke Universiti Putra Malaysia pada 25 Februari 2019 jam 8:50 pagi bertempat di Dewan Pertanian, UPM. Turut hadir bersama YB Timbalan Menteri adalah pegawai kanan dari agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk MARDI.

Semasa sesi lawatan tersebut, delegasi YB Timbalan Menteri telah diberi penerangan oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, NaibCanselor Universiti Putra Malaysia mengenai Program akademik (ijazah dan pasca ijazah) berkaitan bidang pertanian yang ditawarkan oleh UPM, senarai kajian berkaitan pertanian yang dijalankan serta usaha pengkomersialan hasil kajian, kerjasama yang dijalinkan UPM bersama MOA dan peranan UPM dalam pembangunan sektor pertanian.

Pihak Kementerian juga telah menyampaikan taklimat berkaitan Program Agropreneur Muda, kajian bersama antara UPM-MARDI dan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (BLKP).

Semasa lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah dibawa melawat ke Pameran Penyelidikan Komersil UPM, Bus Pengembangan UPM, Rumah Kuarantin Kelapa di Ladang 15 dan Projek Kerjasama UPM - Hostein di Ladang Taman Pertanian Universiti.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 04/03/2019 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-8940 8319
B1566133407