Majlis Penutup Program Inkubasi Usahawantani 2019 | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Majlis Penutup Program Inkubasi Usahawantani 2019

Majlis Penutup Program Inkubasi Usahawantani 2019

 

Fakulti Pertanian telah mengadakan Majlis Penutup Program Inkubasi Usahawantani 2019 pada 27 Disember 2019 di Dewan Pertanian. Majlis ini telah dirasmikan penutupnya oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon, Pengerusi, Lembaga Pengarah, UPM.

Seramai 29 orang peserta program selama 6 bulan ini yang mengikuti beberapa modul iaitu Modul Ternakan Ayam Kampung, Modul Akuakultur, Modul Ruminan, Modul Tanaman serta Modul Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan.

 
 

Selain itu, 8 orang peserta alumni daripada tahun 2018 telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Unit Inkubasi Usahawantani sebagai rakan strategik untuk berkongsi pengalaman dengan peserta dalam bidang pengurusan projek perniagaan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan juga semua staf Unit Inkubasi Usahawantani di bawah pimpinan Tuan Haji Sahbani Saimin.

 
 
 

Tarikh Input: 03/01/2020 | Kemaskini: 03/01/2020 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
SXDdUAo~