Majlis Penutupan Agri – Relationship Of ASEAN Universities Network (AUN) | FAKULTI PERTANIAN
» BERITA » Majlis Penutupan Agri – Relationship of ASEAN Universities Network (AUN)

Majlis Penutupan Agri – Relationship of ASEAN Universities Network (AUN)

2018_Faculty of Agriculture (Agri-Relationship ASEAN University Network) Tonton Video Aktiviti Pelajar Sepanjang Program

Program Agri – Relationship of ASEAN Universities Network (AUN) telah melabuhkan tirainya pada 12 Ogos 2018 bertempat di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Majlis penutupan dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi (Dekan Fakulti Pertanian), YBhg. Prof. Madya Dr. Nur Azura Adam (Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta YBhg. Prof. Madya Dr. Anjas Asmara @ Ab. Hadi (Timbalan Dekan, Pembangunan, Jaringan dan Masyarakat).

Majlis Penutup


Program diakhiri dengan pembentangan keseluruhan, persembahan peserta dan juga sesi penyampaian hadiah. Pengagihan sijil penyertaan, cenderamata juga beserta 3 anugerah utama iaitu kumpulan terbaik, pembentangan terbaik, peserta terbaik dan Anugerah Pilihan Buddies. Sesi penyampaian cenderamata daripada universiti luar kepada tuan rumah juga turut dilangsungkan.

Sesi Pembentangan

Persembahan Peserta


Pembentangan terbaik dimenangi oleh kumpulan 5 yang terdiri daripada Hakim Hilmy (Universitas Muhammadiyah Purwokerto), Nadya Frastica and Intan Apriani (Universitas Syiah Kuala). Kumpulan terbaik pula dimenangi oleh Kumpulan 2 yang terdiri daripada Nadya Anindita (Universitas Sebelas Maret), Zurlalily Oktaviani (Universitas Syiah Kuala) dan Fadhli Robby Asyarif (Universitas Muria Kudus) setelah kesemua mata dikumpul melalui slot permainan tradisional yang diperkenalkan. Anugerah peserta terbaik daripada setiap universiti disandang oleh Tri Muningsih daripada Universitas Muhammadiyah Purwokerto, Zurlalily Oktaviani daripada Universitas Syiah Kuala, Larasati Annisa Bella Kusumasari daripada Universitas Sebelas Maret, Fadhli Robby Asyarif daripada Universitas Muria Kudus dan Hathaiphat Thipmak daripada Thaksin University. Semua peserta dinilai dari aspek kesungguhan dan etika mereka daripada hari pertama mereka tiba higgalah hari terakhir. Manakala kedua dua peserta daripada Thailand iaitu Hathaiphat Thipmak dan Jureeporn Sukkaew memenangi Anugerah Pilihan Buddies disebabkan oleh ketepatan masa yang ditunjukkan oleh mereka dalam setiap perkara.

Sesi penyampaian hadiah - Kumpulan terbaik

Sesi penyampai sijil penyertaan dan cendeamata

Program ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta input yang bermanfaat tentang pertanian Malaysia seterusnya dapat diaplikasikan secara praktikal kepada Negara masing-masing apabila para peserta selari dengan nama program ‘Agri-Relationship of ASEAN Universities Network. Serta diharapkan juga hubungan persahabatan yang sedia terjalin daripada setiap Negara yakni Malaysia-Indonesia-Thailand dapat dipanjangkan dan dieratkan.

Program Agri-Relationship of ASEAN Universities Network siri ketiga akan dilangsungkan di Universitas Syiah Kuala, Aceh, Indonesia pada tahun hadapan (2019).

2018_Faculty of Agriculture (Agri-Relationship ASEAN University Network) Tonton Video Aktiviti Pelajar Sepanjang Program

 

Tarikh Input: 07/09/2018 | Kemaskini: 01/10/2018 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERTANIAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 4802
+603-9769 4004
C1571787593